Tuesday, October 28, 2014

Kek Walnut Butterscotch

Salam,
Kalau sebut saja nama kek butterscotch ni, di mata dah terbayang-bayang kerangupan kacang walnut. Di luar sana ada pelbagai pilihan kacang yang disalut pada kek butterscotch ni. Secara peribadi zie memang sukakan kek ini disebabkan kombinasi rasa manis sos butterscotch dan kerangupan kacang walnut yang disalut dengan gula karamel. Untuk pengetahuan kawan-kawan di luar sana, secara asasnya kek di dalamnya ialah kek sponge butter yang sangat lembut. Di antara lapisan kek di dalamnya pula dilapisi cream cheese dan sos butterscotch. Kek seterusnya ditutup dengan cream cheese dan dihias dengan sos butterscotch bersama-sama dengan kacang walnut. Memang sesuai sangat untuk sesiapa yang menggemari kek yang tidak terlalu muak. Kat bawah ni zie kongsikan beberapa tempahan kek butterscotch walnut yang pernah zie buat. Sebarang tempahan boleh hubungi zie yer ...0136641422

No comments:

Post a Comment