Tuesday, May 27, 2014

Kek Tunang Buttercream

Salam dearie...
11 Tahun yang lalu, zie pernah melangsungkan pertunangan dengan hubby. Waktu tu, kek tunang hanya ditempah di kedai kek sahaja. Tidak pernah kenal mana2 pembuat kek personal.. tak macam sekarang ni..google jer..penuh senarai baker2..blogger2 bagai cendawan tumbuh...nak request kek apa2 tema dan warna, tak timbul masalah...
Waktu tu, tahun 2003 ..hanya singgah di kedai kek..dan belek- belek album kek yang sedia ada di kedai...pilih-pilih..tempah...kek buttercream jugak...
Hari ni ketika zie melepa kek tempahan daripada kak iza ni, berbunga-bunga rasa hati...macam zie pulak yang nak bertunang... tempahan kek kali ni zie gunakan frosting sepenuhnya dari buttercream..hiasan bunga pula menggunakan sugar paste ready made.. font seperti biasa zie lebih selesa gunakan fondant berbanding tulisan icing...
Di dalamnya ialah kek coklat lembab. Kak Iza inginkan warna tema pink, marroon dan putih sahaja..katanya terpulanglah nak deko macam mana...so inilah hasilnya...terima kasih kerana sudi order dengan zie... ok uolls..jom cuci mata..

No comments:

Post a Comment