Salam 2015,
Lama sungguh rasanya tak update blog ni...sebenarnya bukannya dah stop membaking tapi kesibukan membaking tu yang buatkan zie tak sempat menjenguk blog zielicious ni.
Hari baru, tahun baru ni, alhamdulillah masih diberikan kesihatan yang baik oleh Nya untuk terus berkongsi everything about cakes di sini...
Hari ini zie nak kongsikan beberapa keping gambar kek patung frozen atau frozen doll cake. Sebenarnya ini merupakan kali pertama zie menerima tempahan kek patung frozen...
Walaupun sebelum ini zie telah banyak menyiapkan kek bertemakan frozen atau kek barbie doll, tapi kali ini agak berbeza kerana zie menggunakan patung frozen elsa yang cukup lengkap anggota badannya di mana saiznya pun agak besar berbanding patung barbie yang biasa zie buat.
Kek untuk skirt patung ini juga menjadi agak tinggi dari biasa dan pastilah berat nya pun lebih berat dari biasa.
Dekorasi kali ini zie gabungkan penggunaan fondant dan buttercream untuk menutup kek. Di bahagian depan zie gunakan fondant yang mempunyai kesan bunga bercorak, manakala bahagian skirt di belakangnya pula menggunakan buttercream sepenuhnya.
Kek di dalam adalah merupakan kek red velvet di mana zie telah siapkan 6 lapis lapisan kek dengan cream cheese di setiap lapisan.
Ok kawan-kawan, jom tengok kek patung frozen elsa ini. Untuk tempahan sila hubungi zie di talian 0136641422.