Wednesday, October 29, 2014

VICTORIA SANDWICH CAKE

Dah lama rasanya kek ini popular di kalangan baker dan penggemar-penggemar kek. Kek Victoria Sandwich aka Victoria Sandwich Cake ini tersangatlah mengujakan sesiapa saja yang tengok. Naked cake yang berasaskan kek butter ni sangat menggoda dengan hiasan buah strawberry segar dan setiap lapisan keknya dilapisi dengan jem strawberry. Banyak resipi yang zie baca di internet menggunakan fresh cream sebagai krimnya. Tetapi memandangkan kek ni zie rasakan kek yang agak mewah rasanya, jadi sesuai sangatlah kalau kita gandingkan dengan cream cheese. Di antara lapisan kek tu, zie sapukan dengan readymade jem strawberry yang mana zie masak terlebih dahulu dengan hirisan nipis buah strawberry dan sedikit gula. Semalam masa melapis kek ni dengan jem strawberry, zie risau takut-takut jem strawberry tu terlalu cair dan meleleh di tepi kek. Tetapi bila dah siapkan dengan toppingnya, tak cun pulak jem strawberry tu menyorok di dalam lapisan cream cheese. Mungkun next time kita bagi jem strawberry tu meleleh sedikit, baru lah kecur air liur sesiapa yang memandang.  Berat kek ini lebih kurang 1.8kg dengan size 8 inci. Ini adalah tempahan dari opismate anak saudara zie yang ingin menghadiahkan kek ni kepada ibunya. Ok, apa lagi, jom kita cuci mata...wallaaaaa....
 

Tuesday, October 28, 2014

Kek Walnut Butterscotch

Salam,
Kalau sebut saja nama kek butterscotch ni, di mata dah terbayang-bayang kerangupan kacang walnut. Di luar sana ada pelbagai pilihan kacang yang disalut pada kek butterscotch ni. Secara peribadi zie memang sukakan kek ini disebabkan kombinasi rasa manis sos butterscotch dan kerangupan kacang walnut yang disalut dengan gula karamel. Untuk pengetahuan kawan-kawan di luar sana, secara asasnya kek di dalamnya ialah kek sponge butter yang sangat lembut. Di antara lapisan kek di dalamnya pula dilapisi cream cheese dan sos butterscotch. Kek seterusnya ditutup dengan cream cheese dan dihias dengan sos butterscotch bersama-sama dengan kacang walnut. Memang sesuai sangat untuk sesiapa yang menggemari kek yang tidak terlalu muak. Kat bawah ni zie kongsikan beberapa tempahan kek butterscotch walnut yang pernah zie buat. Sebarang tempahan boleh hubungi zie yer ...0136641422

Kek tunang, nikah dan hantaran perkahwinan

Salam,
Hari ni zie nak share beberapa kek yang pernah zie buat untuk pertunangan, nikah mahupun kek hantaran. Kek-kek ni ditempah oleh rakan-rakan rapat zie.
Untuk tempahan boleh hubungi zie yer ..
Call, wasap 0136641422
Salah satunya ialah kek cawan fondant / fondant cupcake yang sediakan Sebagai kek hantaran. Di dalamnya kek coklat lembap, deco menggunakan fondant dan gumpaste.
Kek bunga daisy ungu tu pula, zie terima tempahan dari kawan-kawan untuk kek harijadi. Tapi deco bunga daisy ni sebenarnya sesuai juga untuk dibuat sebagai kek bertunang atau kek hantaran. Di dalamnya kek purple velvet, deco sepenuhnya menggunakan buttercream.
Antara yang lainnya pula ialah kek fondant untuk hantaran pertunangan. Kek tema ungu ni ditempah oleh jiran zie untuk majlis pertunangan. Di dalamnya ialah rainbow kek dilapisi cream cheese dan deco menggunakan fondant fan gumpaste.
Satu lagi kek untuk hantaran pertunangan yang pernah zie buat ialah kek daisy bewarna merah jambu. Di dalamnya ialah kek coklat lembap. Drco menggunakan buttercream dan bunga gumpaste readymade. Zie paling suka gabungan warna merah jambu dan putih, nampak sangat lembut dan sedap mata memandang. Ok kawan-kawan jom cuci mata.

Saturday, October 18, 2014

Kek kanak-kanak - kek barbie

Salam dearie, lama zie tak update blog ni..sibuk sikit sebenarnya...sempat update kat fb jer...uolls kat luar sana boleh tengok juga gambar-gambar kek di fb FAZILA AHMAD
Ok uolls, hari ni zie nak kongsikan gambar kek yang paling besar zie pernah buat setakat ni. Kek ni ditempah oleh sekolah zie untuk raikan sambuta hari kanak-kanak peringkat sekolah...
Kek ni di dalamnya kek span coklat, deco full buttercream dan edible image.
Edible image tu sengaja zie pilih gabungan character kartun yang tengah popular masa kini...frozen, rapunzel, toy story, phineas and ferb dan macam-macam lagi...
Kek ni bersaiz 17 x 13 inci seberat 4.7kg

Satu lagi kek yang sempat zie siapkan hari ni ialah rainbow kek tema barbie...deco yang paling favourite buat masa ni..belang-belang rainbow di tepi kek...

Ok lah kawan2, jom cuci mata...