Kek yang satu ini memang sangat mewah rasanya. Bagi penggemar coklat sudah semestinya russian black and white ini menjadi pilihan. Kek coklat lembap dilapisi coklat ganavhe berselang seli dengan cream cheese perisa mocha. Membuatnya pun memerlukan kesabaran yang tinggi kerana banyak step yang perlu diikuti. Biasanya zie sediakan cream cheese sehari lebih awal dan didinginkan di dalam peti ais.... tempahan kek ini ditempah oleh opismate husband zie. Ini istimewa untuk rakan opis yang akan berpindah tempat kerja. Apa-apa pun terima kasih kak zarina yang sudi tempah kek ini.
Zielicious Homemade Cakes, menerima tempahan kek sekitar Ampang, Wangsa maju, Setiawangsa, Ukay Perdana, Melawati , Setapak dan sekitarnya. Kek yang Insyaallah sedap, bersih, halal dan cantik.
Friday, April 25, 2014
kek tunang tema hijau putih n gold
salam dearie...
Ini kek tunang pertama yang zie buat ...yang menempahnya mahukan tema hijau putih dan gold. Zie mengambil masa dua hari untuk siapkan kek ini. Bermula dengan membuat bunga fondant yang besar dan kecil2 sehinggalah mencetak huruf-huruf. Alhamdulillah berjaya jugak siapkan mengikut permintaan. Di dalamnya kek coklat lembap dilapisi cream cheese perisa mocha. Selamat bertunang...
Wednesday, April 2, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)